Daisypath Anniversary tickers

I made this widget at MyFlashFetish.com.

>

Friday, April 16, 2010

kerana MULUT binasanya datang!!


Ada satu kisah...zaman dahulu kala..dek kerana sorang ni x jaga mulutnya, selalu saja nk mengata orang, mencaci orang, menghina orang, mengata segala perkara akhirnya rakannya yang 1 juga pun hilang..
sabar memanglah wujud tp sebagai manusia biasa kesabaran ada hadnya...mungkin ini yang pertama, namun pastilah akan berterusan jika tiada perubahan...
entahlah..nescaya ada penyelesaiannya....tapi bila??
berdoa sajalah...
pengorbanan perlu untuk menyedarkan seseorang....tapi..
tidak apalah.."berkawan biar seribu" tidak mengapa hilang 1...benarkah??

Wednesday, April 14, 2010

sWminG claSS






Hari ni hari last untuk buat trainning...sebab next week dah ade test..
semua orang rajin turun hri ni sebab risau test tu..
nak tak nak terpakse lahh...
huh memag letih sebab prepare 5 jenis gaya tuk test tu..
tambah2...Dr Kim yang train..mmg memenatkan..tapi bguslah...
ulang alik kolam 5 kali...memamg boleh kurus..
kepada Aqil mesti dapat turun berat badan..n kepada Wan bertambah kurus la ko...hahahah
tp hari ni balik awal...sebab x larat sgt...
anyway enjoy la ptg td walaupun ade je masalah dalaman pengurusan sikit...
tp biarlah asalkan kite ade bukti n tak bersalah..betul tak Ying-Ying??hehe
tp next semester myb dah tak join club ni dah...sbb huh memang memenatkan...kepada yang nak join club ni next semester...pastikan anda betul-betul mampu...
tp sesunggugnya aktiviti renang memang bgus!!hehe
Harap-harap next week...kawan2 semua boleh buat yang terbaik bcoz 70% amali...30% yang assingment...tau2 la assigment korang tu..ish3...so buat lah yang terbaik untuk amali nanti...insyallah..

Saturday, April 10, 2010


...simpan sbg rahsia ok?


mase ni la..1 st time keluar dengan setengah classmate ke sunway carnival...
last minute perancangan nk pegi...akhirnya jadi jugak..
walaupun kat sane mula-mula 'happy' tapi lama-lama tak ada mood plak sebab tibe2 ade komitmen lain..so sorry
apa-apa pun best kuar ngn korang...

karaoke lagi...



Hari ni...tersangat lah gembira bile dpt jumpa kawan lama...yang dimaksudkan ialah..Syed Azroul dan Lokman Hakim...rakan sekelas semasa sekolah menengah dulu kala..hahah
ermmm...lokman seperti biasa...rambutnya masih tidak lurus...huhuh
dan syed macam tu jugak lah...kurus je...Lokman agak bgus mase karaoke boleh tarik tinggi lagi...tp malangye Sayed gagal...hahahha
kepada Scha n Fazd good luck exam...sibuk study tu sampai tak dapat join..
harap2 lepas ni...dapat jumpe kawan2 lain jgk...
nanti kt Ipoh..jumpa yang lain plak..insyaalllah..

Friday, April 9, 2010

Voice of Asia...!!!


My best artist ever!!

sungguh di tak disangka..ramalan kali ini tepat.. Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin mencipta sejarah apabila buat kali ketujuh dipilih untuk gelaran Bintang Paling Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2009, dan yang menajubkan ialah beliau juga memenangi artis wanita paling popular sebanyak 13 kali..
sesungguhnya, aura beliau tiada tandingan...

tahniah Siti Nurhaliza....

Setelah Kasihnya Dikorbankan..

Alleya tersenyum melihat pesanan Short Messaging Service atau dikenali dengan singkatannya SMS yang tercoret di telefon bimbitnya. Setiap petang, pasti dia akan menerima pesanan daripada pemuda yang tidak dikenalinya itu. Katanya, namanya Ameer. Entah betul, entahkan tidak.
“Sibuk ke?u tengah bwt ape?”

Ketika itu jam menunjukkan jam 4.30 petang, tetapi Aleeya masih khusyuk membaca novel Seharum Kasih yang baru dibelinya semalam. Novel itu benar-benar telah mengikatnya untuk terus melayan kisah cinta Yusuff dan Zulaikha watak utamanya. Sengaja Alleya membayangkan watak Yusuff adalah lelaki yang selalu menghantar sms kepadanya, Ameer dan dia adalah Zulaikha..kemudian dia ketawa sendirian sebab ianya mustahil kerana dia sendiri tidak pernah mengenali Ameer. Akhirnya Aleeya berjaya juga menghabiskan novel tersebut pada jam 6.30 petang dan dia cepat-cepat menunaikan solat asar yang hampir habis waktunya. Namun dia mengakui fikiranya terganggu sedikit kerana dia jalan cerita novel Seharum Kasih masih menghantuinya.
Waktu petang begini, berbalas SMS dengan Ameer memang mengasyikkan. Seronok juga melayan orang yang tidak dikenali ini. Tidak rugi apa-apa. Dia tidak kenal dan tidak Nampak kita. Entah macam manalah orangnya? Kacak ? hodoh? Hitam? Putih? Tinggi? Pendek?
“Leeya..wah wah wah ko nie sekarang ramai peminat ye?tanya kawan baiknya, Umairah.
“ siapa” Tanya Aleeya.
“adela..kawan aku Sue Yi bagitau aku, ade mamat sorang nie gila sangat dekat kau..tapi dia segan nak tackle kau” ketawa Umairah lagi..tapi Sue Yi tak bagi tau aku siapa mamat tu sebab dia dah janji nak rahsiakan..
“ohh ye ke?siapa ek? Okeylah kalau macam tu. Aku pun tak nak tau siapalah mamat tu. Aku pun saja suka-suka boleh lepaskan tension”
Aleeya sengaja cakap begitu namun hatinya betul-betul tertanya-tanya siapakah lelaki itu?pastinya dia tidak akan bertanya pada Sue Yi kerana dia takut Sue Yi akan menganggapnya terdesak sangat. Lagipun Sue Yi dah berjanji takkan beritahu siapa lelaki tu..tetapi sekurang-kurangnya dia dapat mengagak lelaki itu mesti sama kelas dengan Sue Yi.. Bachelor of Surgery (MBBS) tahun 3..tetapi siapa ya?Aleeya tertanya sendirian
Kalau boleh, Aleeya teringin sangat nak tahu siapalah lelaki tersebut kerana dia ingin sangat menjadi Zulaikha yang sangat dicintai Yusuff tetapi dia harus bersabar dan perlu berhati-hati kerana dia tidak mengenali Ameer langsung..namun Aleeya tersedar tanggungjawabnya yang utama sekarang ialah belajar bersungguh-sungguh kerana itu adalah janjinya kepada opah dan ingin menolong opahnya di kampung.
Sehingga kini, selepas sebulan Aleeya mengetahui hal sebenar, Ameer masih menghubunginya. Pernah beberapa kali Amir menghubunginya tetapi setiap kali itu jugalah dia akan matikan talian.
“Aleeya..plez! I juz wanna know u”
Jwblah call I tu, dh lebih1 month. Bolehlah..pls..
Aleeya membalas mesej Ameer
“Give me 1 more week”

Hadiah dari Hati...


TUKANG JAHIT...

Aku tukang jahit yang biasa,
Tidak punya apa-apa,
Hanya keluarga yang kucinta,
Menjadi teman ku setiap masa,

Hari ini, ku menjadi tukang jahit yang setia,
Bukan untuk mencari harta,
Sekadar mahu membesarkan anak-anak yang ku cinta,
Tidak mengharap apa-apa,
Semoga anak-anakku berjaya,

Setelah aku menjahit laut yang terbelah,
Lalu aku menjahit sayangku yang gundah,

Selagi jahitanku tak terbuka,
Selagi jahitanku tidak berdukakan sesiapa,

Kini anakku terus berjaya,
Mencapai cita-cita menggenggam bara,
Pesan ibu, janganlah engkau lupa,
tanggungjawabmu pada yang tua,

Biarlah aku terus menjahit cerita,
Sehingga hujung nyawa,
Tidak mengapa jariku terluka,
Aku tetap tukang jahit setia

dedikasi buat ibu...


Segugus Janji

Disaat dia telah taburkan benih-benih kata

Sejak usia setahun jagung lagi…

Jerit anak kecil ini- Mak! nanti bila besar nak jadi doktor..

Teringat kata-kata dulu..

Sungguh tinggi impiannya…

Tapi langsung tidak kemana..

Hari ini, anak kecil itu telah kembali,

Mencari janji yang dia taburkan dulu,

Memecah kata yang dulu hanya kata

Kini ingin dia buktikan pada dunia,

Dialah perwira, dialah perkasa

Bukan untuk memerintah dunia

Tetapi hanya pada ibu yang tercinta

Walaupun anak ini bukanlah doktor seperti yang di cita-cita,

Tetapi dia tetap nak berjasa,

Walaupun diri ini sejuta bara,

Dalam sebuah ceritera,

Akulah anak kepada ibuku yang tercinta!

Related Posts with Thumbnails

I made this widget at MyFlashFetish.com.