Daisypath Anniversary tickers

I made this widget at MyFlashFetish.com.

>

Friday, April 9, 2010

Setelah Kasihnya Dikorbankan..

Alleya tersenyum melihat pesanan Short Messaging Service atau dikenali dengan singkatannya SMS yang tercoret di telefon bimbitnya. Setiap petang, pasti dia akan menerima pesanan daripada pemuda yang tidak dikenalinya itu. Katanya, namanya Ameer. Entah betul, entahkan tidak.
“Sibuk ke?u tengah bwt ape?”

Ketika itu jam menunjukkan jam 4.30 petang, tetapi Aleeya masih khusyuk membaca novel Seharum Kasih yang baru dibelinya semalam. Novel itu benar-benar telah mengikatnya untuk terus melayan kisah cinta Yusuff dan Zulaikha watak utamanya. Sengaja Alleya membayangkan watak Yusuff adalah lelaki yang selalu menghantar sms kepadanya, Ameer dan dia adalah Zulaikha..kemudian dia ketawa sendirian sebab ianya mustahil kerana dia sendiri tidak pernah mengenali Ameer. Akhirnya Aleeya berjaya juga menghabiskan novel tersebut pada jam 6.30 petang dan dia cepat-cepat menunaikan solat asar yang hampir habis waktunya. Namun dia mengakui fikiranya terganggu sedikit kerana dia jalan cerita novel Seharum Kasih masih menghantuinya.
Waktu petang begini, berbalas SMS dengan Ameer memang mengasyikkan. Seronok juga melayan orang yang tidak dikenali ini. Tidak rugi apa-apa. Dia tidak kenal dan tidak Nampak kita. Entah macam manalah orangnya? Kacak ? hodoh? Hitam? Putih? Tinggi? Pendek?
“Leeya..wah wah wah ko nie sekarang ramai peminat ye?tanya kawan baiknya, Umairah.
“ siapa” Tanya Aleeya.
“adela..kawan aku Sue Yi bagitau aku, ade mamat sorang nie gila sangat dekat kau..tapi dia segan nak tackle kau” ketawa Umairah lagi..tapi Sue Yi tak bagi tau aku siapa mamat tu sebab dia dah janji nak rahsiakan..
“ohh ye ke?siapa ek? Okeylah kalau macam tu. Aku pun tak nak tau siapalah mamat tu. Aku pun saja suka-suka boleh lepaskan tension”
Aleeya sengaja cakap begitu namun hatinya betul-betul tertanya-tanya siapakah lelaki itu?pastinya dia tidak akan bertanya pada Sue Yi kerana dia takut Sue Yi akan menganggapnya terdesak sangat. Lagipun Sue Yi dah berjanji takkan beritahu siapa lelaki tu..tetapi sekurang-kurangnya dia dapat mengagak lelaki itu mesti sama kelas dengan Sue Yi.. Bachelor of Surgery (MBBS) tahun 3..tetapi siapa ya?Aleeya tertanya sendirian
Kalau boleh, Aleeya teringin sangat nak tahu siapalah lelaki tersebut kerana dia ingin sangat menjadi Zulaikha yang sangat dicintai Yusuff tetapi dia harus bersabar dan perlu berhati-hati kerana dia tidak mengenali Ameer langsung..namun Aleeya tersedar tanggungjawabnya yang utama sekarang ialah belajar bersungguh-sungguh kerana itu adalah janjinya kepada opah dan ingin menolong opahnya di kampung.
Sehingga kini, selepas sebulan Aleeya mengetahui hal sebenar, Ameer masih menghubunginya. Pernah beberapa kali Amir menghubunginya tetapi setiap kali itu jugalah dia akan matikan talian.
“Aleeya..plez! I juz wanna know u”
Jwblah call I tu, dh lebih1 month. Bolehlah..pls..
Aleeya membalas mesej Ameer
“Give me 1 more week”

Biasanya selepas habis kuliyah, Aleeya akan ke library bersama Umairah bagi mengulangkaji pelajaran. Bila jam melewati 4.30 petang, mereka akan pulang ke bilik dan biasanya bila jam melewati 5.30 petang, isyarat SMS pasti akan kedengaran. Hati Aleeya berdebar-debar kerana genap seminggu Amir akan menghubunginya lagi. Dia tidak pasti sama ada mahu terus melayan Ameer atau berhenti disitu saja. Tapi..apa salahnya? Lagipun, Aleeya tidak pernah bercinta monyet semasa disekolah mahupun sebelum ini, Aleeya tidak berbanyak bersosial. Hidupnya tertumpu dengan pelajaran di universiti dan kampungnya.
Petang itu, tepat jam 5.45, Ameer menghantar SMS.
“Hey! Dah genap 1 week
Blei call x? pls don’t disappointed me. I nk sgt dgr suara you…pls, pls, pls.”
Debaran semakin kencang. Okey ke tak? Tapi..tak baik pula kalau tak menepati janji. Lagipun die sendiri teringgin sekali hendak dengar suara Ameer jejaka yang selalu menghiburkannya itu. Akhirnya, Aleeya menjawab..

“Ok. Blh call. Tapi tak blh ckp lame tau..
i dah nak keluar ni.”
Bertambah lagi debaran Aleeya.

Tidak sampai seminit kemudian, telefon bimbitnya berbunyi. Selepas bebarapa deringan, barulah dia menjawab. Menggigil jejarinya seketika.
“ helo…”
“ hai..assalamualaikum.” Ameer member salam.
“ dah nak keluar ke?” soal Ameer perlahan.
“kejap lagi nak keluarlah nie.” Aleeya menkjawab lembut.
Bestnya suara you. Itu yang susah sangat nk terima call I, ya?” Ameer mengusik.
“ Mana ada! Buat apa nak layan orang I tak kenal. Bahaya tau.” Aleeya mengelak
“Aleeya..” Ameer menyebut manja namanya.
Meremang bulu roma Aleeya.
“I harap u dapat bagi I peluang nak kenal you sebaiknya ya? I suka sangat suara you, macam mana la orangnya” Masih berbisik dan mengusik
“mengada-ngada la you ni” sangkal Aleeya pantas
Kalau dulu Ameer hanya bergurau melalui mesej, kini Aleeya sudah mendengar suaranya. Aleeya terhibur. Sejak itu, Ameer kerap menghubunginya. Biasanya sebelah petang kerana masing-masing sibuk dengan kelas pada waktu pagi.
Aleeya tidak dapat menumpukan perhatian dalam kelas Prof. Fatimah yang mengajar subjek ‘Insurance law’ kerana fikirannya betul-betul kacau memikirkan Ameer yang selalu menghubunginya kebelakangan ini. Dia tidak pasti samada perlu meneruskannya atau cepat-cepat berhenti sebelum hatinya tertawan kerana dia sedar akan tanggungjawabnya di kampong namun kata-kata Umairah ada betulnya, tiada salahnya asalkan dia pandai membahagi masa lagipun aku sudah besar.
“you tak teringin ke nak tau siapa I yang sebenarnya?you tak takut I ni serial rapist ke?serial killer ke?” Ameer ketawa kecil dihujung talian.
“mana nak tahu? Takkan you nak mengaku sendiri!”
“tapikan Aleeya, I belum bersedia lagi la..i takut i tak sesuai untuk you..you kan cantik..”
“ye la tu! I pun tak nak jumpa you pun..i nie bukannya lawapun, perempuan kampong je..”
“tak apalah, kita sama-sama tunggu ya..sampai dua-dua ready..okey?”
“apa yang you nak sebenarnya, Ameer? I takkann layan you lebih dari ni…faham tak?”
Ameer sekadar mendiamkan diri. Dia tahu, dia pun belum bersedia untuk berjumpa inikan Aleeya yang belum pernah mengenali dirinya itu. Tapi dia tidak pernah berputus asa dan terus menghubungi Aleeya ‘everyday’
Seperti yang dijanjikannya, Ameer terus menghubunginya gadis yang dikenalinya melalui bulletin university itu, setiap hari.
“Leeya, lusa I kena pergi UK tau, I ada program kerjasama dengan Universiti Nottingham seminggu…nanti I tak dapatlah call u..”
Berdegup jantung Aleeya, apabila Ameer memangil namanya dengan manja ‘leeya” hanya Opah dan kawan-kawanyya saja yang memanggil nama itu.
“I tak main-main nie, I akan kesana bersama 20 orang lagi, I will miss u!” Ammer berbisik.
Sekali lagi, meremang bulu roma Aleeya.
‘betul ke?okla klu macam tu..hujung minggu nie pun I nak balik kampong.” Aleeya memaklumkan kepada Ammer.
“you balik kampong gajah ke?” Tanya Ameer
“eh, macam mana you tau kampong i? Tanya Aleeya dengan pelik
“I taulah, kan I boyfriend u.” usik Ameer dengan manja
Aleeya tidak pernah memberitahu di mana kampongnya kepada Ammer, namun bagaimana Ameer tahu pula?
“you tak rindu kat I?”
“issh u nie, mengada-ngada!” Aleeya mengelak
Aleeya sengaja mengelak.Terasa sayu bila mendengar Ameer akan meninggalkannya. Tetapi dia tidak berani untuk meluahkan perasaan.
Ameer hendak pergi? Mesti terasa sunyi tanpanya nanti.

Ya ALLAH…kenapa dengan aku?kenapa aku jadi begini? Bukankah mustahil untuk jatuh hati dengan orang yang tidak dikenali?
Puas Aleeya bermain dengan fikirannya.
“kenapa you diam nie?” sebab I nak tinggalkan you ke?
“taklah!” Aleeya membisu. Terasa sayu.
“aleeya I pergi kejap aje. One week. Bukannya lama. Nanti bila I sampai Kl I call, okey?” pujuk Ameer
Aleeya masih tidak berdaya untuk berkata-kata.
“you are going to miss me, kan?”
“Leeya…kenapa ni sayang? Kenapa diam?”
Meremang bulu roma Aleeya. Kenapalah dia pandai sangat menggoda? Aleeya masih tidak dapat bersuara.
“Leeya..bila I balik, I call you, okey?Take care sayang.”
Aleeya, mengikut opahnya ke dusun durian bagi mengutip durian. Itulah salah satu punca rezeki keluarganya apabila menjelang musim durian. Dusun durian itupun hanyalah sekangkang kera hasil peninggalan arwah datuknya dahulu.
“Dah lama beno kamu belajo leeya? Sibuk semendang…berape tahun lagi habis belajonya..?”Tanya opah
“tahun depan habislah opah…” jawab Aleeya dengan lembut
“opah nie bukan ape, kesian tengok kamu dari kecik sampai beso hidup susah aje..opah nie tak banyak duit nak bagi kamu…esok bile kamu dah keroje bolehla kamu hidup senang, sebab itu opah nak kamu belajo elok-elok..” nasihat opah
“ iyalah opah, nanti bile leeya dah keroje..Opah tinggal dengan Leeya ye? Nanti Leeya nak tengok Opah pun senang dah tak payah dah nak pergi dusun nie..
“pandai benolah kamu tu…habihtu kamu nak bior aje dusun tok kamu nie jadi hutan? Opah memerli
“habih tu…nak buat macam mana? Takkan kot Leeya nak keroje aje kat sini? Mane ade keroje ‘lawyer’ ni? Toksah nak haraplah. Malulah teman…” Aleeya ketawa. Opah menjeling.
Hati Alleya terusik akan nasihat opahnya tadi dan dia sedar kembali akan tanggungjawabnya dan dia amat mengasihani opahnya yang membesarkannya smenjak kecil lagi selepas kematian ibu bapanya. Alleya kembali berazam untuk belajar bersungguh-sungguh memandangkan peperiksaan akhir semakin dekat. Namun bagaimana pula dengan Ameer? Patutkah dia melupakan lelaki yang selalu menghubunginya itu..

Seperti biasa, selepas waktu kuliyyah, Alleya dan Umairah ke perpustakaan untuk mengulangkaji pelajaran. Mereka berdua kelihatan begitu semangat sekali kerana ingin mendapat keputusan cemerlang supaya mereka dicalonkan untuk senarai biasiswa Ungku Omar. Namun Alleya masih tidak dapat menumpukan perhatiannya kerana Ameer akan pulang ke Malaysia esok. Perasaanya gembira sekali kerana jejaka yang selalu mengusiknya itu akan kembali menghubunginya.
Alleya baru sahaja menyuap nasi apabila telefonnya bordering. Hamper tercekik dia dek kerana terkejut. Pantas dia membasuh tangan dan terus menjawab panggilan tersebut. Dia pasti panggilan itu daripada Ameer.
Umairah dan Rania yang turut sama menikmati makan tengah hari ketika itu turut terpinga-pinga memandangnya.
“ hai sayang…” gemersik suara Ameer di hujung talian
“kenapa lama tak call?”keluh Alleya
“macam mana nak call, nak tidur pun tak sempat. Sibuk sangat!” Ammer mengeluh. Sorrylah sayang…I betul-betul tak sempat nak call.” Ameer menarik nafasnya. “you rindu I tak?”
“mahu tak rindu. Rindu sangat…” bisik Alleya
Ameer ketawa di hujung talian. “ bestnya you cakap macam tu. I pun rindu. Mujurlah I pergi UK seminggu kalau tak you memang tak rindukan I. “ okeylah. Nanti I call you lagi esok, class I nak mula dah nie. Take care, saying. I miss you.”
“I miss you too.” Suaranya perlahan.
Entah mengapa, hati Alleya begitu terusik dengan jejaka yang tidak pernah ditemuinya itu.
Ameer…siapakah jejaka ini?
Alleya ada menyelidik melalui majalah tahunan Universiti, namun dia tidak dapat menjumpai mana-mana lelaki yang bernama Ameer dalam kelas Undang-undang tahun 3.
“ Hai, seronok Nampak, siapa yanh call tadi?” risik Rania.
“kawan”
“boyfriend?”Umairah pula mengusik Alleya
“mana ada boyfriend!” tingkah Alleya pantas
Keesokan harinya, semasa Alleya dalam perjalanan ke kelas ‘Intellectual property law’ bersama Umairah..telefonnya tiba-tiba berdering..nama Opah Lebo tertera di telefonnya. Dia berasa hairan mengapa Opah Lebo menelefonnya secara tiba-tiba, selalunya Opah lebo akan menelefonnya jika opahnya ingin bercakap dengannya tapi dia baru sahaja pulang dari kampong.
‘Assalamualaikum’, jawab Aleeya dengan lemah lembut.
Kelihatan Aleeya tiba-tiba pucat selepas menjawab telefonnya dan tiba-tiba dia menitiskan air matanya.
Selepas meletakkan telefon Aleeya terus manarik tangan Umairah dan terus berlari ke bilik. Sampai saja di bilik, Umairah terus bertanya kepada Aleeya apa yang terjadi, lalu Aleeya terus menangis teresak-esak dengan memberitahu bahawa opahnya di serang penyakit strok dan sekarang dimasukkan ke dalam wad. Dia perlu segera pulang ke kampong kerana jika apa-apa yang terjadi, dia tiada sesiapa lagi selain opah.
Kelihatan opah lebo dan yeop azhar masih berada di hospital ketika Aleeya baru sampai. Dia segera memeluk erat opah lebo dan kembali menangis. Opahnya masih berada didalam wad pemerhatian rapi. Doktor memberitahu bahawa opah berkemungkinan akan lumpuh selama-lamanya dan itu benar-banar menyedihkan Aleeya kerana dia terlalu sayangkan opahnya. Dia benar-benar buntu dan tidak tahu untuk berbuat apa-apa. Selepas opah dibenarkan pulang, Aleeya mengambil keputusan untuk menjaga opahnya dengan tidak menghadiri kuliyyah. Apakan daya dia terpaksa walaupun Opah Lebo ada menawarkan diri untuk menjaga opahnya namun dia tidak mahu menyusahkan orang lain.
Selepas Aleeya menyuapkan opahnya makan, barulah dia teringat akan mesej yang dihantar oleh Ameer yang diterimanya semalam. Dia belum sempat memberitahu akan keadaan opahnya. Lagipun Aleeya belum pernah bercerita mengenai keluarganya kepada Ameer. Sekali lagi Aleeya buntu adakah dia perlu meneruskan hubungannya dengan Ameer atau tidak, sedang dia berada dalam keadaan yang menyukarkan ini.
Malam itu, Ameer menghubungi Aleeya selepas beberapa hari kerana Aleeya mengambil keputusan untuk menutupkan telefonnya selepas dia pulang ke kampong.
“kenapa tutup telefon je ni?”
“I busy sangat…lagipun I…..” Aleeya cuba ingin memberitahu akan keadaanya tapi dia tidak pasti perlu memberitahu Ameer atau tidak. Dia perlu membuat keputusan untuk meneruskan hubungannya dengan Ameer sebelum keadaan semakin parah
“Aleeya….why? Talk to me. Pls.”
“I miss you like hell. Don’t do this. Pls.”
“tak ada apa-apa..Cuma I tak nak you msej or call I lagi. I rasa I tak sesuai untuk you”
“Aleeya…kenapa? Apa salah i? cakaplah…I nak tahu.” Ameer cuba memujuk.
Aleeya menangis tersedu-sedan. “Ya ALLAH, ya TUHANKU…tolonglah aku.” Aleeya tidak tahu ingin menjawab apa-apa kerana dia benar-benar keliru.
“Go away, Ameer... jangan gangu I lagi, lagipun I akan bertunang.” Aleeya terdiam. Kemudian menepuk mulutnya beberapa kali.
“bertunang?dengan siapa?” Tanya Ameer dengan nada sedih.
“you tak payah la tahu Ameer, dan I sangat hargai persahabatan kita. Lepas ni you tak payah la call or sms I lagi…cukupla sampai sini saja. Assalamualaikum.”
Aleeya terus menangis teresak-esak dan merintih. Sayu hatinya tidak terkata.
Malam itu, Aleeya tidak lalu makan. Masih terbayang-bayang suara Ameer di telinganya. Betapa rindunya dia pada Ameer.
Sudah hampir sebulan Aleeya dan Ameer tidak berhubung. Dan selama itulah, Aleeya langsung tidak dapat melupakan jejaka yang pernah menambat hatinya itu. Lagipun, Aleeya sudah menukar nombor telefonnya. Hanya Umairah saja yang tahu nombornya itu. Kini Aleeya melakukan pembelajaran jarak jauh berikutan keadaan opahnya yang sakit teruk itu. Lagipun, dia akan menghabiskan pembelajarannya pada tahun depan.
Aktiviti harian Aleeya kini berubah. Dia akan memandikan dan menyuapkan opahnya setiap hari. Dia tidak kisah untuk bersusah payah demi opahnya kerana opahlah dia hidup bahagia sehingga saat ini.
Setahun berlalu begitu cepat. Keadaan opah Aleeya masih tidak berubah malah semakin teruk. Kini Aleeya sudah menamatkan pelajarannya dan dia dia berasa sungguh bersyukur kerana susah payahnya selama ini terbalas juga akhirnya. Namun apa yang mengguriskan lubuk hatinya ialah dia tidak dapat membawa opahnya ke majlis konvekesyen yang akan diadakan minggu hadapan.
Umairah ada memberinya borang untuk menyambung pelajaran di peringkat master dengan biasiswa tapi dia tidak pasti mahu memohon atau tidak kerana keputusan peperiksaannya bukanlah yang terbaik.
“ermm…kalau isi borang ini tak rugi apa-apa kan…isi sajalah” bisik Aleeya dalam hatinya.
Hari ini, Aleeya perlu ke Hospital Besar Teluk Intan bagi mengambil ubat opahnya. Semasa menunggu giliran di bahagian farmasi hospital, Aleeya mendapat sms daripada nombor yang tidak dikenalinya.
“Leeya, I tahu you tak bertunang pun…I akan tunggu you sampai you dah sedia terima I…..salam rindu daripada Ameer”
Ya ALLAH, hati Aleeya benar-benar terkejut kerana dia tidak sangka Ameer akan mengetahui nombor telefonnya. Tiba-tiba dia teringat kembali akan bayangan suara jejaka yang pernah dia cuba untuk lupakan dahulu. Namun, dia harus kuat dan tidak akan jatuh lagi dalam perasaanya lagi. Aleeya hanya mengabaikan mesej Ameer walaupun sukar untuk melawannya. Aleeya hairan bagaimana Ameer boleh mendapatkan nombornya sedangkan hanya Umairah sahaja yang tahu akan nombornya. Mungkinkah Umairah yang memberitahu tapi dia sudah berjanji lagipun Umairah adalah kawanku yang sangat dia percayai. Tak mungkin.
Tiba-tiba, Aleeya terkejut dari lamunan apabila seorang ahli farmasi memanggil nombornya berulang kali.
Sebentar lagi, Aleeya akan menggengam segulung ijazah. Aleeya tersangatlah gembira kerana usahanya selama ini berhasil walaupun terpaksa belajar dengan jarak jauh selama setahun. Aleeya cantik berbaju kurung biru firus pagi itu dengan jubah dan topi konvokesyennya mengambil tempat didalam dewan bersama sahabat karibnya Umairah. Majlis itu berlangsung dengan penuh meriah dengan kehadiran ibu-bapa dan keluarga. Tiba-tiba Aleeya menitiskan air matanya kerana dia teringatkan opahnya yang ingin sangat melihatnya hari ini.
“Aleeya, kenapa ni” pujuk Umairah
“tidak apa-apalah, aku Cuma teringatkan opah aku kat kampong…dia tak dapat nak tengok aku hari ini….” Jawab Aleeya dengan nada sedih.
“sudahlah…aku pasti opah kau mesti gembira walaupun tak dapat datang ke sini…bersabarlah” pujuk Umairah lagi.
Selepas majlis tamat, Aleeya bersama rakan-rakannya mengambil gambar bersama-sama sebagai kenangan. Jelas Aleeya tersangat gembira pada hari itu walaupun riak wajahnya sedikit sedih.
Tiba-tiba telefon Aleeya berdering dan alangkah terkejutnya dia apabila nombor Ameer tertera di skrin telefonnya. Dia tidak sangka Ameer akan menghubunginya kembali. Dia terus menutup telefonnya kerana dia tidak mahu Ameer menghubunginya lagi. Tiba-tiba Aleeya secara tidak sengaja terlanggar seorang lelaki yang berada di depannya sehingga menyebabkan telefon lelaki tersebut jatuh.
“Ya Allah! Sorry, sorry...saya tak perasan....sorry sangat-sangat” aju Aleeya dengan nada cemas. Aleeya berasa malu apabila terlanggar lelaki tersebut.
“alamak! aku terlanggar Hafez” bisik Aleeya di dalam hati. Baru Aleeya sedar yang dia telah terlanggar Hafez, seorang pelajar perubatan di situ.
“its okay...bukan you sengaja pun..” jawab Hafez dengan nada tenang.
“Leeya! Leeya! Cepat la ke sini!” panggil Umairah dari jauh.
Aleeya dengan kelam kabut terus mencari Umairah dibelakangnya tanpa sempat bercakap lagi dengan lelaki tersebut..
Sesudah makan tengah hari, Aleeya membuat keputusan untuk terus pulang ke kampung walaupun Umairah mendesaknya untuk pulang esok namun dia ingin sangat pulang kerana dia tidak sabar ingin menunjukkan ijazahnya kepada opah.
Aleeya menaiki bas pada pukul 3.00 petang. Dia amat bersyukur kerana tidak ada mana-mana lelaki yang cuba mencarinya semasa di universiti tadi. Apabila sampai di Teluk Intan, Aleeya terus mengambil teksi menuju ke kampung gajah. Hatinya gembira bukan kepalang kerana dia tidak sabar ingin berjumpa opahnya.
Apabila sampai di hadapan rumah, Aleeya berasa hairan kerana terdapat ramai orang berada di kawasan rumahnya. Hati Aleeya mula berasa takut. Sebaik saja Aleeya keluar daripada teksi, kelihatan orang ramai memandang kearahnya dengan muka yang sedih. Aleeya berasa tidak sedap hati dan dia terus berlari ke pintu rumah dan alangkah terkejutnya dia apabila melihat sekujur badan berselimut dengan kain batik berada di tengah-tengah rumahnya. Semua orang terkejut dan memanggil nama Aleeya namun Aleeya terus memanggil nama opahnya
“Opah! Opah! Leeya dan balik ni” panggil Aleeya dengan nada sayu
“Leeya...sabar nak...opah dah tak ada” pujuk Opah Lebo
Aleeya terus jatuh di sebelah jenazah opahnya. Dia mengangis dan terus menangis. Aleeya terus memanggil nama opahnya.
“Opah! Opah! Leeya dan balik ni, Leeya dah dapat ijazah...opah suka kan?? Opah!” Aleeya menangis teresak-esak sambil dipujuk oleh opah Lebo.
“sabar Leeya, tak elok buat macam ni....kita doa opah nanti ditempat ditempat orang-orang yang beriman..” pujuk Opah Lebo.
Selepas jenazah opah dikebumikan, Aleeya duduk seorang diri di anjung rumah. Matanya masih lagi mengalirkan air mata. Dia bersa sangat terkilan kerana dia tiada ketika opahnya menghembuskan nafas terakhir. Ketika opah sedang nazak, Opah Lebo ada menghubunginya banyak kali namun tidak dapat kerana telefonnya tutup. Dia menyesal sangat kerana menutup telefonnya namun dia harus menerima bahawa opahnya sudah tiada lagi. Aleeya ada memberitahu Umairah akan kematian opahnya dan Umairah amat sedih sekali dan dia sudi menemankan Aleeya di kampung namun Aleeya menolaknya kerana ingin bersendirian.
Selepas seminggu kematian opah, hari-hari Aleeya semakin sunyi sepi. Dia tidak lagi dapat memandikan dan menyuapkan opahnya. Dia masih terbayang-bayangkan nasihat opahnya yang mahu melihatnya berjaya.
Pagi itu, posmen ada menghantar surat. Aleeya berasa pelik kerana kebiasaannya tiada surat untuknya. Aleeya membuka surat itu dengan muka pelik dan alangkah terkejutnya apabila dia ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke University of Notingham dengan biasiswa yang ditaja oleh JPA. Namun dia bersa sedih sekali lagi kerana dia tiada sesiapa untuk berkongsi kegembiraan.
“mesti opah seronok ni” bisik Aleeya di dalam hatinya
Aleeya menghubungi Umairah dan memberitahu akan dia mendapat tawaran biasiswa untuk ke peringkat master. Umairah turut ditawarkan namun tempatnya tidak sama. Aleeya sudah membuat keputusan bahawa dia akan melanjutkan pelajarannya ke UK. Lagipun dia tiada sesiapa lagi disini. Biarlah dia ke tempat orang bagi menghidupkan hatinya kembali.
Beberapa hari ini, Aleeya sibuk menguruskan persediaannya ke luar negara. Pasport, pakaian, dokumen-dokumen semuanya sudah diselesaikan. Malam itu, sedang Aleeya sibuk mengemaskan bajunya, tiba-tiba dia mendapat mesej dari Ameer.
“Leeya, tahniah... i doakan you berjaya disana nanti......”
Aleeya tidak sangka Ameer tahu akan pemergiannya ke UK esok. Tiba-tiba dia teringat kembali akan jejaka yang pernah menambat hatinya suatu ketika dahulu. Namun dia harus akur akan takdirnya dan mungkin saja Ameer sudah memilik gadis lain. Mana mungkin seorang lelaki sanggup menunggu selama itu. Aleeya hanya melenyapkan perasannya yang datang kembali.
“terima kasih” jawab Aleeya ringkas
“Leeya...i nak you tahu, i akan setia tunggu you sampai you dah ready nak terima i...”
Perasaan Aleeya bergolak kembali apabila membaca mesej Ameer tadi. Dia tidak sangka Ameer akan menunggunya. Aleeya sengaja tidak membalas mesej Ameer kerana dia tidak mahu perasannya terhadap Ameer subur kembali.
Keesokan harinya, pagi-pagi lagi Aleeya sudah bergerak ke Kuala Lumpur kerana penerbangannya akan berlepas pada jam 8.00 malam. Di sana nanti, dia akan diambil oleh Umairah untuk kerumahnya terlebih dahulu. Aleeya dan Umairah akan menaiki kapal terbang yang sama nanti.
Semasa menunggu di balai berlepas, Aleeya sempat menghantar mesej kepada Ameer.
“Ameer...terima kasih sebab tunggu I...i dah nak naik flight ni..insyallah kalau ada rezeki kita jumpa ya...” luah Aleeya kepada Ameer.
Selepas sahaja mesej itu dihantar, dia terus menutup telefonnya.
Ameer Hafez seorang mahasiswa jurusan perubatan tahun akhir di Universiti Malaya juga merupakan ahli tertinggi majlis perwailan pelajar. Wajahnya yang kacak membuatkan semua gadis menggilainya. Namun peribadinya yang tulus membuatkan dia tidak mudah jatuh pada setiap perempuan. cintanya terhadap Aleeya tidak pernah luntur walaupun terpaksa menunggunya tanpa apa-apa jawapan sehingga kini. Namun dia amat yakin bahawa setiap cinta yang ikhlas akan terbalas.
Selepas menamatkan pelajarannya, Ameer kini bekerja di Hospital Tuanku Jaaffar Negeri Sembilan. Keluarganya berasal dari sana. Walaupun tidak pernah bersua muka dengan Aleeya tapi dia benar-benar kenal Aleeya kerana dia seringkali mengambil tahu pasalnya. Dia tertarik dengan sikap Aleeya yang pandai berdidikari dan bijaksana. Ameer selalu melibatkan diri dengan program yang diadakan oleh kuliyyah undang-undang untuk mengambil peluang melihat Aleeya dengan lebih dekat secara senyap-senyap. Mungkin Aleeya tidak mengetahuinya.
Semenjak Aleeya ke UK tahun lepas, Ameer selalu menghantar email kepadanya namun masih tidak dibalas. Ameer tidak pernah berputus asa. Dia tahu akan nombor telefon Aleeya dan selalu bertanya mengenai Aleeya melalui Umairah. Umairah menyuruhnya berjajnji untuk tidak memberitahu Aleeya.
Pada suatu malam, selepas pulang dari hospital, Ameer terus membersihkan diri dan terus memeriksa emailnya seperti kebiasaannya. Alangkah gembiranya, apabila dia menerima email daripada Aleeya. Bayangkan selepas beratus-ratus email yang dihantar olehnya kepada Aleeya tidak pernah dibalas dan malam itu dia telah menerima email daripada Aleeya.
“kehadapan Ameer sahabatku...
Thanks for waiting for me...i tak tau kalau i adalah yang terbaik untuk you tapi sekarang i dah ready untuk bersua muka dengan you Ameer. I akan pulang ke Malaysia pada minggu depan jam 6.00 petang wktu Malaysia..”
Itulah email yang dihantar buat pertama kali oleh Aleeya kepada Ameer. Ternyata itu sudah cukup membahagiakan Ameer.
Seminggu berlalu begitu cepat, hari ini Aleeya akan pulang, itulah yang bermain difikiran Ameer sekarang ini. Dia telah mengambil cuti untuk menjemput Aleeya di KLIA. Ameer bernekad untuk berterus terang kali ini.
Jam sudah menunjukkan jam 6.00 petang. Aleeya masih tidak menunjukkan mukanya lagi. Ameer masih tercari-cari Aleeya di balai menunggu sambil tangannya memegang sejambak bunga.
Tiba-tiba telefonnya berbunyi, tertera nama Aleeya di skrin telefon..
“assalamualaikum....Ameer you ada kat mana??” tannya Aleeya dengan lemah lembut..
“waalaikumsalam...i dah sampai...sekejap ye i cari you ok?” jawan Ameer dengan tenang.
Mata Ameer mencari-cari Aleeya dan akhirnya die menjumpai wanita yang dicintainya yang sedang menolak troli bag. Ameer ingin cuba mengejutkan Aleeya kerana mereka belum pernah bersua muka. Ameer menegur dari bahagian belakang Aleeya.
“Assalamualaikum...Aleeya Mardhiah...?” Ameer bersuara. Dia sudah pun berdiri dibelakang Aleeya.
Aleeya tergamam seketika. Dia terus menoleh kebelakang. Matanya memandang dari atas ke bawah. Seperti tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. “Ameer?” ucapnya perlahan. Dahinya berkerut-kerut. Matanya terus merenung tajam ke arah Ameer di hadapannya sekarang.
Ameer hanya berdaya melemparkan senyuman. Masih belum dapat berkata-kata. Lidah terasa kelu.
“yang mana satu ni? Bukan ke you Hafez?ke Ameer?” bisik Aleeya. Matanya masih berpaut pada wajah Ameer.
Ameer cuba bertenang. Dengan perlahan dia bersuara, “nama i Ameer Hafez...Ameer boleh...Hafez pun boleh. Semuanya nama i.” Masih tersenyum, membuatkan Aleeya tidak tentu arah. Kali ini, Aleeya pula tersenyum, menampakkan lesung pipit di pipinya.
Akhirnya, Aleeya dan Ameer sudah mengenali satu sama lain. Tidak sangka lelaki yang bernama Hafez yang Aleeya pernah terlanggar semasa hari konvokesyen dulu ialah Ameer, lelaki yang dicintainya. Pengorbanan yang dilakukan dahulu disertakan dengan kesabaran dapat menyatukan mereka. Sesungguhnya kasih yang abadi dan ikhlas pastinya mendapat keberkatan ilahi.
Kini tiada lagi perasaan sunyi yang terpendam di hati Aleeya. Fikiran dan hatinya tenang. Alhamdulillah, Allah telah membuka pintu hatinya. Memberi peluang untuknya bercinta dengan insan tersayang.
Dalam doa, dia memohon agar diampunkan dosanya dan kebahagian sentiasa menyinari hidupnya dan dan Ameer kini sudah menjadi suaminya. Andainya terpaksa melalui gelombang besar, biarlah dia dapat mengawal jiwanya agar hidup terus bersama Ameer diberkati ALLAH yang maha esa.
Dia juga yakin Ameer akan kekal menjadi suami yang bertanggungjawab dan seorang ayah yang penyayang.
Aleeya pasti, insya-ALLAH...

TAMAT





2 comments:

[CeNdAwAn] said...

macam kenai je jalan citer dan watak3 nye. haha.

Faez Zone said...

serius ke same?? x kan?
ish3...cbe ko bace abis..
kisah klu jadi kt dunia ni...dan namenye manusia...biasalah kalau sama...lainlah klu citer pasal binatang ke..blei la buat jalan citer pelik2 rite?huhu

Related Posts with Thumbnails

I made this widget at MyFlashFetish.com.